Sunday, 30 November 2014

TAKUT !

Takut-takut tak kemana,
Takut-takut tak membina,
Takut-takut disini saja,
Takut-takut tak kesana.

Takut-takut bakat yang ada,
Takut bakat tak kemana,
Takut anak ditimpa bencana,
Takut kaki tak bawa balik jasadnya,
Takut mati dicincang 5,

Tapi ditanya,
"Bila hendak berjaya?"

Takut, 'takut' merasuk jiwa,
Ibu bapa kena percaya,
Rezeki itu pada yang Esa,
Nyawa itu genggaman Pencipta.

Dan..
"Takut-takut sampai bila?"



Monday, 7 July 2014

CiNTA

rasa cinta itu tuhan punya,
hari ini dia boleh kurnia
esok dia boleh ambil semula..

nor_ceria@yahoo.com

dulu nama emailnya "nor_ceria",

tapi dunia tak seceria dia,
setelah dihempap beban dunia,
dia dirundum migraine sajee..

namun wanita setegas singa itu,
tetap kejutkan jasad bangkitkan jiwa,

makk, rasa kecewa tuu tuhan beri tak lama.

badan anak tak terbalas jasa, cuma boleh doakan supaya kau bahagia..

Saturday, 5 July 2014

SAYA SUNYI..

Gadis sunyi yang asalnya berponi,
Kini memilih untuk merosakkan diri,
Alasannya bagi menutup sepi
Pabila lelaki-lelaki datang silih ganti
Kau tetap dibiarkan sepi.

Sayangnya, masa bukan milik manusia,
Sama ada berjalan perlahan mahupun berlari..
Masa tetap berlalu..

Kerana tiada had waktu,
Setiap yang singgah tetap akan berangkat pergi,

Diampunkan jika sekali,
Andai sudah berkali-kali..
Itu namanya kau tak perasan bahawa kau murah hati..

Hang Tuah..

Andai bertuah pada badan,
Rezeki menghempap tanpa disedari
Jodoh diberi yang diimpi-impi,
Wajah dikurnia bak sleeping beauty,

Tapi,

Andai tidak tuah yang menimpa diri,
Pilihlah Allah dalam hati, kerana janjinya..

Janji Pasti.

PUAS !

Hidup bukan untuk puaskan hati,
Walau Romeo dan Juliet dikatakan cinta sejati,
Romeo tetap mati..

Aku tak tahu aku tulis ikut perasaan atau ikut hati..

Tapi,
Hidup bukan untuk puaskan hati

Monday, 12 May 2014

PERLU MASA ~

Bila orang kata dia perlu masa,
Dia tak idamkan beratus plan kau agar dia berjaya,
no 1, jelasnya kau tak faham bahasa,
no 2, dia turut kecewa kau anggap dia tak guna..