Thursday, 11 July 2013

AMPUN KURNIA !


Maaf menjadi insan yang sukar dijaga,
Kerana kekasaran yang melebihi batasnya,
Tika kesat pada bicaranya,
Insan yang biadab pada lahirnya,
Dan keanehan yang tak bisa dibaca..

Kini aku terlampau-lampau cinta..
Kau penipu, kau seorang penipu!
Emak seorang penipu !
Dia taklah kuat mana..
Taklah kasar mana..
Taklah ganas mana..
Taklah tegas mana..

Dia tidak pernah simpan bicara kesat-kesatnya dalam jiwa..

Yaa, aku tahu..
Kerana sebahagian daripada kau..
adalah aku..